Friday, 3 August 2012

SELAMAT NGABUBURIT!

Maaf la kalau dalam posting ni ada perkataan yang tak sedap didengar.

Tapi nanti dulu. Jangan nak emo tak tentu pasal, k. Tak baik.

Tadi waktu scroll naik turun KL Traffic Update, ternampak ayat ni, '...kepada pemandu Islam, selamat ngabuburit'.

Seorang awek Sunda. 'Ngabuburit' jugakah dia?
Terangkat-angkat juga kening.  Apa bendanya?

Kalau zaman dulu-dulu mungkin sampai ke sudah kita tak dapat jawapannya. Ye la nak tanya pada siapa? Tuk penghulu, tuk imam, tuk siak?

Silap-silap akan timbul wasangka di hati kita, ada orang cuba mempersendakan ibadah puasa dengan me'ngabuburit'kannya.

Tapi di zaman segalanya di hujung jari ini, tak susah sangat nak mencari jawapannya. Sekali google aje dah jumpa. Rupa-rupanya 'ngabuburit' tu perkataan Sunda yang bererti menunggu sore, tetapi telah diterima sebagai membawa makna 'menanti saat berbuka puasa'.

Moral ceritanya, kalau dengar perkataan baharu yang pelik-pelik, jangan cepat sentap. Tanya dan cari dulu maksud sebenarnya.

Satu lagi, jangan la sekali-kali ucapkan 'selamat ngabuburit' ni kepada orang tua-tua yang tak berpeluang nak meng'gogle' macam kita. Takut buta je kena penampar nanti...


Tuesday, 31 July 2012

'TRAGEDI' DI KEPALA BATAS...

Alahai dah banyak hari tak update blog ni rupanya. Masakah yang tercepat atau kitakah yang terlambat?

Tapi empat hari ni memang sibuk. Out station (luar setesen?). Alor Setar. Ingat kut bila ke utara ni taklah panas sangat macam kat KL semenjak duamenjak ni. Kut jumpa la hujan sikit. Rupa-rupanya sama aje. Tak ujan pun. Cuma panasnya tak seterik KL.

Siang merayau merayap. Buat keje. Malam balik bilik terus tidur. Letih... dan kenyang.

Kerana sibuk jarang berpeluang jelajah bazar Ramadan. Baru petang tadi kesempatan tu datang. Mula-mula ingat nak ke bazar yang dekat Stadium Darulaman tu. Tak kuasa yeop. Sesak gila. Punya la ramai manusia...entah-entah sama banyak dengan kuih muih yang dijual. Nak parking jauh-jauh, lepas tu jalan kaki, rasa tak sanggup. Biasalah, orang sekarang, urat betis bukan keras macam orang dulu-dulu.

So, blah dari situ, cari tempat lain. At last sampai ke Kepala Batas...tak jauh dari air port tu. Dan ternyata ia perjalanan yang berbaloi. Bazarnya sederhana sahaja. Ada la dalam lima enam puluh gerai. Tapi yang dijual semuanya mengancam.. alahai, mujurlah manusia cuma ada 10 jari..kalau ada 20 atau 30 jari, tak tau la apa jadi petang tadi.
Apatah lagi, kuih muih di situ masih murah. Masih 30 sen sebiji.

Yang bestnya kat bazar tu terjumpa nasi ulam. Dah lama sangat dah dok cari. Hmm, tengok bungkusnya pun dah berjelejeh air liur. Kemudian jumpa cucur udang pure punya, lepas tu jumpa pulut dakap, lepas tu jumpa sayur keladi, kemudian jumpa kurma otak lembu (yang tak biasa makan, patut cuba...bukan setakat nak lagi, tengok kepala lembu aje pun nanti tentu dah terliur), lepas tu jumpa laksam Kuala Kedah, lepas tu lagi jumpa gulai rebung, then jumpa kuih 'cara' berlauk, lepas tu jumpa gulai kawah campur umbut pisang....

Dan semuanya saya beli. Mujurlah manusia cuma ada 10 jari..kalau ada 20 atau 30 jari, tak tau la apa jadi petang tadi.

Time nak balik ke hotel, lalu Jalan Sultanah, ternampak kedai Mee Abu yang fames tu...singgah, dan beli.

Tak apalah, puasa cuma sebulan dalam setahun. Kalau kita tak tolong makmurkan rezeki peniaga-peniaga di bazar tu, siapa lagi? 



Thursday, 26 July 2012

NOSTALGIA KAD RAYA...Part 1

Berkatalah seorang kawan, 'agak-agaknya kalau tak ada lagu raya, meriah lagikah Hari Raya kita?'

Soalannya mudah, tetapi memang susah pun nak jawab. Terbayang-bayang Hari Raya Aidiladha, yang kita raikan tanpa suara Fazidah Joned, Saloma, P. Ramlee, Ahmad Jais, M. Nasir, Sharifah Aini dan lain-lain.

Memang terasa 'sunyinya'.

Aidilfitri pun, kalau nak dikira memang dah tak semeriah dua tiga puluh tahun dahulu. Yalah, bagi budak-budak masa dulu-dulu nak pakai baju baru, nak makan sedap-sedap, nak ada duit lebih sikit, kena la tunggu hari raya. Sekarang ni nak pakai baju baru sehari lima enam kali pun tak jadi masalah...

Yang paling terasa ialah raya sekarang ni dah tak ada kad ucap selamat hari raya macam dulu-dulu. Semuanya main SMS saja. Ayat pun boleh pick and forward sesuka hati.

Dah tak ada nilai.

Berbeza dengan kad raya. Kalau terima yang mahal sikit, terasa kembang juga hati sebab secara tak langsung ia menggambarkan 'nilai' kita di hati si pengirim. Sebaliknya kalau setakat ucap dengan SMS, faham-faham saja la. Tu pasal la, kadang-kadang lepas baca terus delete.

Kad raya juga selalu dijadikan hiasan. Digantung untuk menambahkan kemeriahan lebaran. Kalau SMS tu nak gantung apa? Takkan nak gantung tepon kut...

Tuesday, 24 July 2012

ANTARA PUASA DAN SOLAT

Ada orang - ramai sebenarnya - yang berasa malu sangat-sangat kalau tak puasa.

Memang patutlah pun macam tu. Haru jadinya kalau dah lah tak puasa, lepas tu dengan tak malu pula melantak di depan khalayak. Lagi haru kalau dah ditangkap, dah dibawa naik van jenazah pun masih boleh senyum-senyum dan lambai-lambai.

Tetapi, ada tetapinya.

Ada orang - ramai jugak - yang cukup malu kerana tak puasa tu, tak pula berasa malu kerana tak bersolat lima waktu...

Kenapa ya jadi macam tu?

Apa agaknya yang tak kena dengan dia, dan dengan kebanyakan kita ni?

Fikir-fikirkanlah...

Monday, 23 July 2012

MENJELANG WAKTU BERBUKA

Sewaktu posting ini dibuat, jam penjuru skrin menunjukkan pukul 3.10 minit.
4 jam lebih sikit je, boleh ler berbuka!
Kejap lagi pukul 4 lebih-lebih dah boleh ciluk keluar dari opis...pi jenguk-jenguk bazar Ramadan.
Bazar Ramadan mana?
Belum pasti. Tapi yang nak beli tu dah mula berlegar dalam kepala.
Untuk minuman, saya berkira-kira nak pekena yang berikut. Bukan 'salah satu' yek, tapi at least 'salah dua' atau 'salah tiga'...


Untuk makanan pulak saya dok confuse ni. Nak nasi beriani udang atau nasi kandaq? Juadah sisipan pun dok pening jugak...mi udang atau cucur udang? Dua-dua saya teringin sejak semalam. Kalau saya balun dua-dua sekali pun ok gak kan...

Tapi tanpa semua yang di atas tu pun sebenarnya saya tak la berapa kisah sangat (untuk 10 minit pertama selepas berbuka/bersolat Maghrib - lepas tu saya kisah la jugak) kerana yang paling penting, paling mustahak dan paling mesti ada dalam menu saya ialah benda tak guna di bawah ni....



Friday, 20 July 2012

PADAN MUKA IBLIS

Padan muka kau sebab akan kena ikat...



Tapi pada kita semua pula, jangan lega sangat. Ingatlah bahawa sementara 'si bapaknya' dah kena ikat, anak-anaknya masih banyak berkeliaran, masih mencari ruang untuk menyusup, sepanjang saat dan sepanjang waktu.

Mereka memang licik. Namun selicik mana pun, daripada segi kejadian kita jauh lebih baik dan sempurna. Gunakanlah kesempurnaan itu untuk menewaskan mereka. Caranya? Sempurnakanlah segala yang dituntut dengan sesempurna mungkin.

Selamat menyambut Ramadan al-mubarak.

DURIAN TERMURAH (?) DI DUNIA


Ni cerita lama, tentang seorang mamat yang tak berapa cerdik tapi teramat kedekut. Dah tu jenis tamak tahap Belanda. Konon ceritanya sekali tu mamat ni teringin sangat nak makan durian. Tapi dia nak beli sebiji aje. Nak makan sorang-sorang. Kalau bawa balik ke rumah, takut kena beli banyak sebab anak bini tentu nak tumpang.

Maka pergilah dia ke pekan. Kebetulan musim durian, jadi ramailah yang jual buah tu. Macam biasa, mamat ni nak cari yang paling murah. So, pergilah dia dari sorang penjual ke penjual yang lain. Akhirnya sampailah pada seorang penjual ni…

“Berapa harga sebiji?” tanya si mamat.

“Satu sen aje sebiji untuk buah yang pertama…”

“Haaah? Takkanlah…”

“Betul encik. Hanya satu sen sebiji. Itu bagi buah yang pertama, yang kedua pula 2 sen, yang ketiga 4 sen, keempat 8 sen…dan begitulah seterusnya. Setiap biji encik tambah, harganya bertambah sekali ganda sahaja…”

“Murah, memang murah,” kata mamat itu. Dan tamaknya pun mula datang.

“Kalau aku beli semua durian yang murah ni, kemudian aku jual balik, tentu banyak untung…”fikirnya. Dan dengan garangnya pun dia berkatalah kepada si penjual, “Cuba kira, semua sekali berapa biji? Saya nak ambil kesemua.”

“Betul ke encik? Jangan main-main. Berurusan dengan saya tak ada gostan-gostan. Kalau encik tak ada cancel-cancel, anak bini encik semua saya angkut nanti.”

Kata-kata itu menyebabkan si mamat rasa tercabar. “Hei, kau ni nak berniaga ke tidak? Kau ingat aku sengkek sangat ke? Aku kata nak borong kesemua sekali, maknanya kesemua la. Lekas, kira…berapa biji?”

Si penjual mengira dan seketika lepas tu berkata, “Semua sekali 20  biji sahaja encik…”

“Ok…ok…sekarang cuba kira berapa harganya. Aku nak bayar sekarang juga,” suruh si mamat…
Dan si penjual pun mulalah mengira…

Siapa nak tolong kira kat dia, dipersilakan…