Monday, 11 June 2012

Berbanggalah Tapi...

Kata PM, rakyat Malaysia antara pengguna media sosial yang terbesar di dunia.
Baguslah.
Kita pun tumpang bangga dengan kenyataan itu.
Pada masa yang sama, ia tak menghairankan kita. Memang orang kita ni cekap dalam soal menyesuaikan diri dengan apa juga kemajuan semasa. Datanglah apa pun, tak kiralah yang datang tu jenis mana, gerenti ia akan cepat mendapat tempat dalam kehidupan orang kita.
Memang itu kelebihan orang kita dan kita patut berbangga dengannya.
Tapi dalam berbangga tu kita kena tengok-tengok juga, yang terbesar tu sebenarnya termasuk kategori mana?
Jenis yang menggunakannya untuk tujuan yang baik dan berfaedah atau sebaliknya jenis yang bermedia sosial untuk tujuan-tujuan yang boleh membawa 'sial'.

Wednesday, 6 June 2012

Apa Yang Kita Ada?

Amah... orang luar!
Pekerja kilang.... orang luar!
Buruh binaan.... orang luar!
Pelakon.... orang luar!
Penyanyi.... orang luar!
Pelacur...pun orang luar!
Kita?.........tinggal seluar dalam!

Perkahwinan Sekali Seumur Hidup

Betul ni, seorang jiran yang baru berkenduri-kendara mengahwinkan anak sulung lelakinya mendakwa majlis perkahwinan yang diadakan itu berstatus 'sekali seumur hidup'.

Yang luar biasanya bukanlah kerana majlis itu ditaja jutaan ringgit oleh mana-mana pihak.

Yang hebatnya bukanlah kerana ia disiarkan secara langsung dan eksklusif oleh setesen TV ternama.

Yang sakannya bukanlah kerana sehari dua selepas berkahwin menantunya mengumumkan dah mengandung.

So, kalau bukan kerana sebab-sebab di atas, kenapa pula dia harus menganggap majlis itu sesuatu yang 'sekali seumur hidup'?
 
Sebab kerana majlis tu dia terpaksa menanggung hutang banyak, yang sampai seumur hidupnya pun belum tentu habis dibayar!

 "Dan saya ada tiga anak lagi yang menanti giliran," katanya dengan senyum yang manis-manis kelat.


Tuesday, 5 June 2012

Sedikit Tentang Kebahagiaan

Kebahagiaan itu subjektif sifatnya. Yang membahagiakan seseorang belum tentu boleh membahagiakan orang lain.
Fikir punya fikir tentang hal ini, aku buat kesimpulan sendiri-sendiri bahawa:

    'Orang yang tidak bahagia ialah orang yang tahu banyak perkara tentang orang lain dan orang lain juga tahu banyak perkara mengenai dirinya.
   'Orang yang agak bahagia ialah orang yang tahu banyak perkara tentang orang lain dan orang lain tak tahu banyak perkara mengenai dirinya.
   'Orang yang paling bahagia ialah orang yang tak tahu apa-apa tentang orang lain, dan orang lain juga tak tahu apa-apa tentang dirinya.

Setuju?
Tak setuju pun tak apa. Kalau semua pakat setuju pun gaji aku banyak tu jugak. Bukannya nak naik pun. Begitu juga la kalau pakat tak setuju...