Tuesday, 31 July 2012

'TRAGEDI' DI KEPALA BATAS...

Alahai dah banyak hari tak update blog ni rupanya. Masakah yang tercepat atau kitakah yang terlambat?

Tapi empat hari ni memang sibuk. Out station (luar setesen?). Alor Setar. Ingat kut bila ke utara ni taklah panas sangat macam kat KL semenjak duamenjak ni. Kut jumpa la hujan sikit. Rupa-rupanya sama aje. Tak ujan pun. Cuma panasnya tak seterik KL.

Siang merayau merayap. Buat keje. Malam balik bilik terus tidur. Letih... dan kenyang.

Kerana sibuk jarang berpeluang jelajah bazar Ramadan. Baru petang tadi kesempatan tu datang. Mula-mula ingat nak ke bazar yang dekat Stadium Darulaman tu. Tak kuasa yeop. Sesak gila. Punya la ramai manusia...entah-entah sama banyak dengan kuih muih yang dijual. Nak parking jauh-jauh, lepas tu jalan kaki, rasa tak sanggup. Biasalah, orang sekarang, urat betis bukan keras macam orang dulu-dulu.

So, blah dari situ, cari tempat lain. At last sampai ke Kepala Batas...tak jauh dari air port tu. Dan ternyata ia perjalanan yang berbaloi. Bazarnya sederhana sahaja. Ada la dalam lima enam puluh gerai. Tapi yang dijual semuanya mengancam.. alahai, mujurlah manusia cuma ada 10 jari..kalau ada 20 atau 30 jari, tak tau la apa jadi petang tadi.
Apatah lagi, kuih muih di situ masih murah. Masih 30 sen sebiji.

Yang bestnya kat bazar tu terjumpa nasi ulam. Dah lama sangat dah dok cari. Hmm, tengok bungkusnya pun dah berjelejeh air liur. Kemudian jumpa cucur udang pure punya, lepas tu jumpa pulut dakap, lepas tu jumpa sayur keladi, kemudian jumpa kurma otak lembu (yang tak biasa makan, patut cuba...bukan setakat nak lagi, tengok kepala lembu aje pun nanti tentu dah terliur), lepas tu jumpa laksam Kuala Kedah, lepas tu lagi jumpa gulai rebung, then jumpa kuih 'cara' berlauk, lepas tu jumpa gulai kawah campur umbut pisang....

Dan semuanya saya beli. Mujurlah manusia cuma ada 10 jari..kalau ada 20 atau 30 jari, tak tau la apa jadi petang tadi.

Time nak balik ke hotel, lalu Jalan Sultanah, ternampak kedai Mee Abu yang fames tu...singgah, dan beli.

Tak apalah, puasa cuma sebulan dalam setahun. Kalau kita tak tolong makmurkan rezeki peniaga-peniaga di bazar tu, siapa lagi? 



Thursday, 26 July 2012

NOSTALGIA KAD RAYA...Part 1

Berkatalah seorang kawan, 'agak-agaknya kalau tak ada lagu raya, meriah lagikah Hari Raya kita?'

Soalannya mudah, tetapi memang susah pun nak jawab. Terbayang-bayang Hari Raya Aidiladha, yang kita raikan tanpa suara Fazidah Joned, Saloma, P. Ramlee, Ahmad Jais, M. Nasir, Sharifah Aini dan lain-lain.

Memang terasa 'sunyinya'.

Aidilfitri pun, kalau nak dikira memang dah tak semeriah dua tiga puluh tahun dahulu. Yalah, bagi budak-budak masa dulu-dulu nak pakai baju baru, nak makan sedap-sedap, nak ada duit lebih sikit, kena la tunggu hari raya. Sekarang ni nak pakai baju baru sehari lima enam kali pun tak jadi masalah...

Yang paling terasa ialah raya sekarang ni dah tak ada kad ucap selamat hari raya macam dulu-dulu. Semuanya main SMS saja. Ayat pun boleh pick and forward sesuka hati.

Dah tak ada nilai.

Berbeza dengan kad raya. Kalau terima yang mahal sikit, terasa kembang juga hati sebab secara tak langsung ia menggambarkan 'nilai' kita di hati si pengirim. Sebaliknya kalau setakat ucap dengan SMS, faham-faham saja la. Tu pasal la, kadang-kadang lepas baca terus delete.

Kad raya juga selalu dijadikan hiasan. Digantung untuk menambahkan kemeriahan lebaran. Kalau SMS tu nak gantung apa? Takkan nak gantung tepon kut...

Tuesday, 24 July 2012

ANTARA PUASA DAN SOLAT

Ada orang - ramai sebenarnya - yang berasa malu sangat-sangat kalau tak puasa.

Memang patutlah pun macam tu. Haru jadinya kalau dah lah tak puasa, lepas tu dengan tak malu pula melantak di depan khalayak. Lagi haru kalau dah ditangkap, dah dibawa naik van jenazah pun masih boleh senyum-senyum dan lambai-lambai.

Tetapi, ada tetapinya.

Ada orang - ramai jugak - yang cukup malu kerana tak puasa tu, tak pula berasa malu kerana tak bersolat lima waktu...

Kenapa ya jadi macam tu?

Apa agaknya yang tak kena dengan dia, dan dengan kebanyakan kita ni?

Fikir-fikirkanlah...

Monday, 23 July 2012

MENJELANG WAKTU BERBUKA

Sewaktu posting ini dibuat, jam penjuru skrin menunjukkan pukul 3.10 minit.
4 jam lebih sikit je, boleh ler berbuka!
Kejap lagi pukul 4 lebih-lebih dah boleh ciluk keluar dari opis...pi jenguk-jenguk bazar Ramadan.
Bazar Ramadan mana?
Belum pasti. Tapi yang nak beli tu dah mula berlegar dalam kepala.
Untuk minuman, saya berkira-kira nak pekena yang berikut. Bukan 'salah satu' yek, tapi at least 'salah dua' atau 'salah tiga'...


Untuk makanan pulak saya dok confuse ni. Nak nasi beriani udang atau nasi kandaq? Juadah sisipan pun dok pening jugak...mi udang atau cucur udang? Dua-dua saya teringin sejak semalam. Kalau saya balun dua-dua sekali pun ok gak kan...

Tapi tanpa semua yang di atas tu pun sebenarnya saya tak la berapa kisah sangat (untuk 10 minit pertama selepas berbuka/bersolat Maghrib - lepas tu saya kisah la jugak) kerana yang paling penting, paling mustahak dan paling mesti ada dalam menu saya ialah benda tak guna di bawah ni....



Friday, 20 July 2012

PADAN MUKA IBLIS

Padan muka kau sebab akan kena ikat...



Tapi pada kita semua pula, jangan lega sangat. Ingatlah bahawa sementara 'si bapaknya' dah kena ikat, anak-anaknya masih banyak berkeliaran, masih mencari ruang untuk menyusup, sepanjang saat dan sepanjang waktu.

Mereka memang licik. Namun selicik mana pun, daripada segi kejadian kita jauh lebih baik dan sempurna. Gunakanlah kesempurnaan itu untuk menewaskan mereka. Caranya? Sempurnakanlah segala yang dituntut dengan sesempurna mungkin.

Selamat menyambut Ramadan al-mubarak.

DURIAN TERMURAH (?) DI DUNIA


Ni cerita lama, tentang seorang mamat yang tak berapa cerdik tapi teramat kedekut. Dah tu jenis tamak tahap Belanda. Konon ceritanya sekali tu mamat ni teringin sangat nak makan durian. Tapi dia nak beli sebiji aje. Nak makan sorang-sorang. Kalau bawa balik ke rumah, takut kena beli banyak sebab anak bini tentu nak tumpang.

Maka pergilah dia ke pekan. Kebetulan musim durian, jadi ramailah yang jual buah tu. Macam biasa, mamat ni nak cari yang paling murah. So, pergilah dia dari sorang penjual ke penjual yang lain. Akhirnya sampailah pada seorang penjual ni…

“Berapa harga sebiji?” tanya si mamat.

“Satu sen aje sebiji untuk buah yang pertama…”

“Haaah? Takkanlah…”

“Betul encik. Hanya satu sen sebiji. Itu bagi buah yang pertama, yang kedua pula 2 sen, yang ketiga 4 sen, keempat 8 sen…dan begitulah seterusnya. Setiap biji encik tambah, harganya bertambah sekali ganda sahaja…”

“Murah, memang murah,” kata mamat itu. Dan tamaknya pun mula datang.

“Kalau aku beli semua durian yang murah ni, kemudian aku jual balik, tentu banyak untung…”fikirnya. Dan dengan garangnya pun dia berkatalah kepada si penjual, “Cuba kira, semua sekali berapa biji? Saya nak ambil kesemua.”

“Betul ke encik? Jangan main-main. Berurusan dengan saya tak ada gostan-gostan. Kalau encik tak ada cancel-cancel, anak bini encik semua saya angkut nanti.”

Kata-kata itu menyebabkan si mamat rasa tercabar. “Hei, kau ni nak berniaga ke tidak? Kau ingat aku sengkek sangat ke? Aku kata nak borong kesemua sekali, maknanya kesemua la. Lekas, kira…berapa biji?”

Si penjual mengira dan seketika lepas tu berkata, “Semua sekali 20  biji sahaja encik…”

“Ok…ok…sekarang cuba kira berapa harganya. Aku nak bayar sekarang juga,” suruh si mamat…
Dan si penjual pun mulalah mengira…

Siapa nak tolong kira kat dia, dipersilakan…

Thursday, 19 July 2012

CANTIK+CANTIK+CANTIK= MEMANG CANTIK!

Ni final part posting cantik-cantik ni.
Yang kat bawah inilah wajah sebenar 'insan' yang terhasil daripada adunan wajah-wajah selebriti jelita tu.

Cantik?
Entah. Tapi kalau berselisih dengan dia, mau jugak saya buat 'u-turn'...

CANTIK + CANTIK + CANTIK...Part III


Kita sambung lagi bab ‘percubaan’ melahirkan wajah tercantik daripada kombinasi wajah-wajah selebriti terkenal tu.
Seperti dinyatakan dalam entri sebelum ini, semua selebriti berkenaan dibahagi kepada empat kumpulan. Daripada setiap kumpulan itu lahirlah wajah-wajah berikut.

 Wajah-wajah itu kemudian digabungkan lagi dan hasilnya ialah dua wajah di bawah:
Kemudian, dengan menggunakan kaedah yang sama, dua wajah di atas diadun. Hasilnya?
 Jeng...jeng....setakat tu je dulu. Kejap-kejap lagi kita masukkan hasil 'adunan' tu....

Wednesday, 18 July 2012

CANTIK + CANTIK + CANTIK.....Part II

Ni sambungan posting 'cantik + cantik + cantik' tu...
Kumpulan ketiga yang digabungkan oleh saintis-saintis itu ialah Keira Knightley, Kate Bosworth, Kristin Kreuk, dan Mandy Moore.


Hasilnya muncullah dua wajah ini....

Dan selepas digabungkan lagi, muncullah pula yang ni.



Untuk kumpulan keempat, selebriti-selebriti yang digabungkan ialah Megan Fox, Monica Bellucci, Natalie Portman, dan Scarlett Johansson.


Selepas tu muncul yang berdua ni...

Dan seterusnya yang ni....
Cantik?
Kalau ditanya depan orang rumah saya, mungkin saya jawab entah. Tapi dalam hati...saya tau apa yang saya patut jawab...hehe

Tuesday, 17 July 2012

CANTIK + CANTIK + CANTIK =????


Para saintis di sebuah institut kecantikan di Iran telah menggunakan komputer untuk menggabungkan imej beberapa wanita cantik secara saintifik untuk melahirkan imej wanita yang disifatkan betul-betul cantik.
Dalam melaksanakan kerja-kerja kreatif yang digabungkan dengan elemen-elemen saintifik itu, wanita-wanita cantik tersebut, yang dipilih daripada kalangan selebiriti popular dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Kumpulan pertama terdiri daripada Angelina Jole, Anne Hathaway, Charlize Theron dan Elisha Cuthbert


Hasil kombinasi kumpulan pertama itu menghasilkan dua wajah berikut


Dan dua wajah itu kemudian dikombinasikan lagi untuk melahirkan yang ini…


Kumpulan kedua pula terdiri daripada Hilary Duff, Jennifer Love Hewitt, Jessica Alba, and Jessica Biel.


Apabila digabungkan kumpulan itu menghasilkan si yang berdua ni...

Dan daripada gabungan kedua-duanya lahirlah pula yang ini...
Cantik? 
Terserah. Kalau manusia mempunyai pandangan dan penilaian yang sama terhadap sesuatu, rasa-rasanya gerenti makcik jiran baru saya tu tak siapa nak ambil buat bini...mulut dia, mak aiiiiiiii....

DISEMBELIH KERANA MURTAD?


Seorang pemuda disembelih kerana meninggalkan Islam, memeluk Kristian dan enggan kembali kepada Islam walaupun diberi peluang berbuat demikian.

Ayat di atas sahaja sudah cukup panas. Ia menjadi lebih panas bila video yang menunjukkan bagaimana pemuda itu disembelih bertebaran di ruang siber.

Peristiwa itu dikatakan terjadi Tunisia dan video tersebut ditunjukkan pertama kali dalam talk show yang dihoskan oleh Tawfiq Okasha di Egypt Today.

Videonya memang sadis. Sebagai seorang yang tengok darah pun tak berapa nak berani, mulanya saya tengok video tu dengan sebelah mata dan selepas penyembelihan bermula saya tutup kedua-dua mata sebelum terus berpindah ke laman lain. Kalau sesiapa nak tengok, kliklah di sini. Tetapi dinasihatkan tak payahlah tengok. Buat apa nak seksa jantung. Cukup kut tengok imej print screen di bawah ni.


Ok, isunya sekarang ialah apakah video ini menggambarkan kejadian sebenar atau sekadar rekaan pihak tertentu yang bertujuan memburukkan Islam. Teknologi memungkinkan manusia berbuat apa sahaja. Kalau ‘neraka’, ‘syurga’, planet itu, planet ini boleh dibuat di penjuru studio, apalah sangat klip video macam ni.

Sesungguhnya, menggambarkan Islam itu sebagai agama yang ganas dan  tak mengenal toleran merupakan agenda yang tak pernah padam sejak zaman kaum kafir Quraisy masih berkuasa di Mekah lagi. Dan video ini, serta banyak lagi yang seumpamanya mungkin sebahagian daripada agenda itu.
Jadi, berhati-hatilah sebelum membuat sebarang kesimpulan…

PROJEK RAMADAN 'PENIAGA NAKAL'


Setiap kali nak menjelang Ramadan, banyak orang kita yang sibuk nak berniaga.
Tak kiralah, kecil-kecilan, besar-besaran atau sederhana-sederhanaan (?).
Sebahagian daripada yang nak berniaga tu mempunyai tujuan yang cukup simple; cari duit lebih sikit untuk dihabiskan time beraidilfitri nanti.
Tak kisahlah.
Yang penting masing-masing nak tumpang rahmat Ramadan – bulan di mana rezeki melimpah ruah hinggakan tak muat meja ketika waktu berbuka.
Dalam keadaan biasa, gambar ni 'biasa-biasa' saja. Tapi kalau direnung pada tengah hari bulan puasa, lain jadinya...

Dan sebut pasal berniaga ni, pagi-pagi tadi terjumpa seseorang. Bekas mat dispatch di tempat kerja lama.
Kami berbual sekejap saja. Rupanya dia pun ada plan nak buat bisnes jugak Ramadan nanti. Plan yang sama dengan tahun-tahun sebelumnya.

“Kalau ada sapa-sapa nak tapau nasi ke apa ke untuk lunch time puasa nanti, suruh contact saya…”
“Cajnya?”
“Tengok jarak la bos. Kalau kat area opis saya tu, saya caj seringgit je sebungkus…”
“Saya tolong iklan…masukkan nombor awak dalam blog, nak?”
“Isy, jangan bos. Mampus kalau bapa mentua saya tau!”
“Alaa, blog saya bukan ada sapa baca pun…”
“Tak nak...tak nak…mati saya,” dia beria-ia. Nampak sangat dia lebih ‘takutkan’ bapa mentuanya daripada Allah…