Pagi tadi saya singgah di sebuah kedai minyak, nak isi
petrol ke dalam tangki. Cashiernya seorang Bangla.
Kemudian saya singgah di sebuah kedai mamak. Budak yang
ambil order saya tu nampaknya masih tak boleh berbahasa Melayu dengan baik.
Nampak takut-takut. Saya yakin dia baru sampai dari India.
Nak ke masjid tengah hari, kerana malas nak bawa kereta,
saya naik teksi. Pemandunya seorang Pakistan.
Baru tadi saya singgah pekena kopi putih d sebuah kafe. Saya
tengok kebanyakannya kalau tak made in Myanmar mesti made in Nepal.
Duduk di sebelah saya di kafe itu seorang gadis Melayu
dengan boyfriendnya kut - seorang Mat Afrika.
Sekarang di rumah. Dan pembantu rumah yang bukakan pintu
untuk saya tadi memang seratus peratus datang dari seberang....Indon.
Malam nanti pasar malam di tempat saya. Dah boleh agak ramai pengemis kudung menadah tangan mengadu untung. Saya difahamkan kebanyakan mereka dari Vietnam dan Kampuchea.
Kadang-kadang tertanya juga hati ini, di mana sebenarnya
saya berada?
Tapi tak kisahlah. Ini bumi Allah. Sama-samalah pakat cari
makan. Asalkan jangan cari pasal, dah ler…..

No comments:
Post a Comment