Wednesday, 11 July 2012

CARA NAK CARI DUIT ALA ASTRO

Katakanlah anda tauke Astro, dan pada suatu hari tu anda saja nak cari duit lebih (mustahil la anda tak ada duit kalau asyik dok jamu benda yang sama berulang-ulang kepada pelanggan), apa agaknya anda nak buat?

Senang aje kan... suruh budak-budak anda 'teropong' perkhidmatan untuk pelanggan mana yang rasa-rasanya layak dipotong. Tak kiralah yang bilnya baru terlajak sehari dua atau yang baru terhutang bil yang akan datang. Lepas tu disconnect. Lepas tu caj penyambungan semula RM20.

Kalau sehari dapat 'pekena' seribu orang, maknanya dah RM20,000 masuk. Mudahnyerrrr kan?


No comments:

Post a Comment