Thursday, 12 July 2012

JOM KENALI WARNA MERAH


 Pada lampu trafik, merah tandanya kena berhenti.
Untuk bunga ros, kalau yang merah tu maknanya ‘I luv you’ la – simbol love and romance, kata orang Putih.
Pada jalur gemilang, merah melambangkan kesanggupan, kegagahan dan keberanian.
Bagi orang Cina, merah is a ‘very luck kaler maa…’
Di Afrika Selatan, merah merupakan warna kemurungan.
Dalam politik antarabangsa, merah mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan komunisme.
Merah, selain daripada hijau merupakan warna favorite semasa sambutan Krismas.
Di Iowa, Amerika Syarikat, merah dianggap salah satu daripada empat warna ‘keramat’. Tiga lagi ialah kuning, hitam dan putih.
Dalam sesetengah budaya merah adalah lambang kemarahan.
Merah, mengikut kepercayaannya, adalah warna yang boleh menyebabkan lembu mengejar anda.
Dan di pejabat…merah mungkin warna pipi dan bibir rakan sekerja anda yang tersembam ke atas gincu!

2 comments:

  1. Hahahaha bg saya merah itu berani!! berani bagi sesiapa yang berani memakai gincu bewarna merah !!

    ReplyDelete
  2. ...dan bagi kebanyakan lelaki pula makin merah bibir, makin la diaorang takut. Takut terkena kolar baju...'terbawa' balik rumah...nahasssss! hehe

    ReplyDelete