Berkatalah seorang kawan, 'agak-agaknya kalau tak ada lagu raya, meriah lagikah Hari Raya kita?'
Soalannya mudah, tetapi memang susah pun nak jawab. Terbayang-bayang Hari Raya Aidiladha, yang kita raikan tanpa suara Fazidah Joned, Saloma, P. Ramlee, Ahmad Jais, M. Nasir, Sharifah Aini dan lain-lain.
Memang terasa 'sunyinya'.
Aidilfitri pun, kalau nak dikira memang dah tak semeriah dua tiga puluh tahun dahulu. Yalah, bagi budak-budak masa dulu-dulu nak pakai baju baru, nak makan sedap-sedap, nak ada duit lebih sikit, kena la tunggu hari raya. Sekarang ni nak pakai baju baru sehari lima enam kali pun tak jadi masalah...
Yang paling terasa ialah raya sekarang ni dah tak ada kad ucap selamat hari raya macam dulu-dulu. Semuanya main SMS saja. Ayat pun boleh pick and forward sesuka hati.
Dah tak ada nilai.
Berbeza dengan kad raya. Kalau terima yang mahal sikit, terasa kembang juga hati sebab secara tak langsung ia menggambarkan 'nilai' kita di hati si pengirim. Sebaliknya kalau setakat ucap dengan SMS, faham-faham saja la. Tu pasal la, kadang-kadang lepas baca terus delete.
Kad raya juga selalu dijadikan hiasan. Digantung untuk menambahkan kemeriahan lebaran. Kalau SMS tu nak gantung apa? Takkan nak gantung tepon kut...

No comments:
Post a Comment