Saya suka tengok gambar-gambar lama.
Ada semacam syahdunya kalau dapat renung gambar-gambar macam di sebelah ni.
Dan selalunya gambar begini akan membawa otak pun yang entah apa-apa ni melayang jauh.
Terbayang-bayang...sebelum dan selepas bergambar pakcik-pakcik ni buat apa? Dah makan atau belum?
Bagaimana keadaan mereka balik ke rumah nanti? Siapa agaknya cucu-cicit mereka sekarang? Yang budak-budak tu pula kemudiannya jadi tuk nenek siapa?
Selalunya juga, hati kecil ini akan berkata, apa-apa pun pakcik-pakcik tetap untung kerana tak payah fikir pasal bil astro, bil air, bil elektrik, bil internet, topup, tol, parking, petrol (Ron95 bila mau turun daaa...?)...

No comments:
Post a Comment