Seorang pemuda disembelih kerana meninggalkan Islam, memeluk
Kristian dan enggan kembali kepada Islam walaupun diberi peluang berbuat
demikian.
Ayat di atas sahaja sudah cukup panas. Ia menjadi lebih
panas bila video yang menunjukkan bagaimana pemuda itu disembelih bertebaran di
ruang siber.
Peristiwa itu dikatakan terjadi Tunisia dan video tersebut
ditunjukkan pertama kali dalam talk show yang dihoskan oleh Tawfiq Okasha di
Egypt Today.
Videonya memang sadis. Sebagai seorang yang tengok darah pun
tak berapa nak berani, mulanya saya tengok video tu dengan sebelah mata dan
selepas penyembelihan bermula saya tutup kedua-dua mata sebelum terus berpindah
ke laman lain. Kalau sesiapa nak tengok, kliklah di sini. Tetapi dinasihatkan
tak payahlah tengok. Buat apa nak seksa jantung. Cukup kut tengok imej print
screen di bawah ni.
Ok, isunya sekarang ialah apakah video ini menggambarkan
kejadian sebenar atau sekadar rekaan pihak tertentu yang bertujuan memburukkan
Islam. Teknologi memungkinkan manusia berbuat apa sahaja. Kalau ‘neraka’, ‘syurga’,
planet itu, planet ini boleh dibuat di penjuru studio, apalah sangat klip video
macam ni.
Sesungguhnya, menggambarkan Islam itu sebagai agama yang
ganas dan tak mengenal toleran merupakan
agenda yang tak pernah padam sejak zaman kaum kafir Quraisy masih berkuasa di
Mekah lagi. Dan video ini, serta banyak lagi yang seumpamanya mungkin
sebahagian daripada agenda itu.
Jadi, berhati-hatilah sebelum membuat sebarang kesimpulan…

Saya dah tengok clip itu. Ia menggambarkan pemuda itu begitu menolak Islam walau dibagi peluang sebelum disembelih. Dia kelihatan begitu mentaati kepercayaan barunya. Bukankah ada sesuatu tersirat di situ?
ReplyDeletePengen lihat
ReplyDeleteAgama islam adalah agama yang benar, semua yang dibicarakan di atas itu adalah satu kebodohan daripada orang kafir laknat.
ReplyDelete