Tuesday, 17 July 2012

DISEMBELIH KERANA MURTAD?


Seorang pemuda disembelih kerana meninggalkan Islam, memeluk Kristian dan enggan kembali kepada Islam walaupun diberi peluang berbuat demikian.

Ayat di atas sahaja sudah cukup panas. Ia menjadi lebih panas bila video yang menunjukkan bagaimana pemuda itu disembelih bertebaran di ruang siber.

Peristiwa itu dikatakan terjadi Tunisia dan video tersebut ditunjukkan pertama kali dalam talk show yang dihoskan oleh Tawfiq Okasha di Egypt Today.

Videonya memang sadis. Sebagai seorang yang tengok darah pun tak berapa nak berani, mulanya saya tengok video tu dengan sebelah mata dan selepas penyembelihan bermula saya tutup kedua-dua mata sebelum terus berpindah ke laman lain. Kalau sesiapa nak tengok, kliklah di sini. Tetapi dinasihatkan tak payahlah tengok. Buat apa nak seksa jantung. Cukup kut tengok imej print screen di bawah ni.


Ok, isunya sekarang ialah apakah video ini menggambarkan kejadian sebenar atau sekadar rekaan pihak tertentu yang bertujuan memburukkan Islam. Teknologi memungkinkan manusia berbuat apa sahaja. Kalau ‘neraka’, ‘syurga’, planet itu, planet ini boleh dibuat di penjuru studio, apalah sangat klip video macam ni.

Sesungguhnya, menggambarkan Islam itu sebagai agama yang ganas dan  tak mengenal toleran merupakan agenda yang tak pernah padam sejak zaman kaum kafir Quraisy masih berkuasa di Mekah lagi. Dan video ini, serta banyak lagi yang seumpamanya mungkin sebahagian daripada agenda itu.
Jadi, berhati-hatilah sebelum membuat sebarang kesimpulan…

3 comments:

  1. Saya dah tengok clip itu. Ia menggambarkan pemuda itu begitu menolak Islam walau dibagi peluang sebelum disembelih. Dia kelihatan begitu mentaati kepercayaan barunya. Bukankah ada sesuatu tersirat di situ?

    ReplyDelete
  2. Agama islam adalah agama yang benar, semua yang dibicarakan di atas itu adalah satu kebodohan daripada orang kafir laknat.

    ReplyDelete