Wednesday, 6 June 2012

Perkahwinan Sekali Seumur Hidup

Betul ni, seorang jiran yang baru berkenduri-kendara mengahwinkan anak sulung lelakinya mendakwa majlis perkahwinan yang diadakan itu berstatus 'sekali seumur hidup'.

Yang luar biasanya bukanlah kerana majlis itu ditaja jutaan ringgit oleh mana-mana pihak.

Yang hebatnya bukanlah kerana ia disiarkan secara langsung dan eksklusif oleh setesen TV ternama.

Yang sakannya bukanlah kerana sehari dua selepas berkahwin menantunya mengumumkan dah mengandung.

So, kalau bukan kerana sebab-sebab di atas, kenapa pula dia harus menganggap majlis itu sesuatu yang 'sekali seumur hidup'?
 
Sebab kerana majlis tu dia terpaksa menanggung hutang banyak, yang sampai seumur hidupnya pun belum tentu habis dibayar!

 "Dan saya ada tiga anak lagi yang menanti giliran," katanya dengan senyum yang manis-manis kelat.


No comments:

Post a Comment