Friday, 20 July 2012

DURIAN TERMURAH (?) DI DUNIA


Ni cerita lama, tentang seorang mamat yang tak berapa cerdik tapi teramat kedekut. Dah tu jenis tamak tahap Belanda. Konon ceritanya sekali tu mamat ni teringin sangat nak makan durian. Tapi dia nak beli sebiji aje. Nak makan sorang-sorang. Kalau bawa balik ke rumah, takut kena beli banyak sebab anak bini tentu nak tumpang.

Maka pergilah dia ke pekan. Kebetulan musim durian, jadi ramailah yang jual buah tu. Macam biasa, mamat ni nak cari yang paling murah. So, pergilah dia dari sorang penjual ke penjual yang lain. Akhirnya sampailah pada seorang penjual ni…

“Berapa harga sebiji?” tanya si mamat.

“Satu sen aje sebiji untuk buah yang pertama…”

“Haaah? Takkanlah…”

“Betul encik. Hanya satu sen sebiji. Itu bagi buah yang pertama, yang kedua pula 2 sen, yang ketiga 4 sen, keempat 8 sen…dan begitulah seterusnya. Setiap biji encik tambah, harganya bertambah sekali ganda sahaja…”

“Murah, memang murah,” kata mamat itu. Dan tamaknya pun mula datang.

“Kalau aku beli semua durian yang murah ni, kemudian aku jual balik, tentu banyak untung…”fikirnya. Dan dengan garangnya pun dia berkatalah kepada si penjual, “Cuba kira, semua sekali berapa biji? Saya nak ambil kesemua.”

“Betul ke encik? Jangan main-main. Berurusan dengan saya tak ada gostan-gostan. Kalau encik tak ada cancel-cancel, anak bini encik semua saya angkut nanti.”

Kata-kata itu menyebabkan si mamat rasa tercabar. “Hei, kau ni nak berniaga ke tidak? Kau ingat aku sengkek sangat ke? Aku kata nak borong kesemua sekali, maknanya kesemua la. Lekas, kira…berapa biji?”

Si penjual mengira dan seketika lepas tu berkata, “Semua sekali 20  biji sahaja encik…”

“Ok…ok…sekarang cuba kira berapa harganya. Aku nak bayar sekarang juga,” suruh si mamat…
Dan si penjual pun mulalah mengira…

Siapa nak tolong kira kat dia, dipersilakan…

2 comments:

  1. Madi kata RM2.10...hahahaha

    ReplyDelete
  2. alaaa salah kira kowt!!!!!!

    ReplyDelete