Sewaktu posting ini dibuat, jam penjuru skrin menunjukkan pukul 3.10 minit.
4 jam lebih sikit je, boleh ler berbuka!
Kejap lagi pukul 4 lebih-lebih dah boleh ciluk keluar dari opis...pi jenguk-jenguk bazar Ramadan.
Bazar Ramadan mana?
Belum pasti. Tapi yang nak beli tu dah mula berlegar dalam kepala.
Untuk minuman, saya berkira-kira nak pekena yang berikut. Bukan 'salah satu' yek, tapi at least 'salah dua' atau 'salah tiga'...
Untuk makanan pulak saya dok confuse ni. Nak nasi beriani udang atau nasi kandaq? Juadah sisipan pun dok pening jugak...mi udang atau cucur udang? Dua-dua saya teringin sejak semalam. Kalau saya balun dua-dua sekali pun ok gak kan...
Tapi tanpa semua yang di atas tu pun sebenarnya saya tak la berapa kisah sangat (untuk 10 minit pertama selepas berbuka/bersolat Maghrib - lepas tu saya kisah la jugak) kerana yang paling penting, paling mustahak dan paling mesti ada dalam menu saya ialah benda tak guna di bawah ni....



'Benda takguna' tu mmg x guna la. 1st day pose tu hubby kata nak stop smoking. forever. lps berbuka dh mula x reti duduk. blk tarawih dh kepit semula di bibir. Smpai skrg ni balik ke asal. Berbuka aje cari 'benda tak guna' tu dulu...
ReplyDelete